Sunday, July 10, 2011

GA-Setulus Ingatan

**klik banner untuk join**

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada CCK sekeluarga.
Semoga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Semoga Ramadhan memberi ruang dan peluang untuk kita sama-sama beribadah dan menambah pahala.

Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun lalu dan,

Semoga kita sentiasa diberkati oleh-Nya.
insya Allah.. ameeennn..

Mulianya Ramadhan

Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya

Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa

Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan

Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri

Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita...

Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang...


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 comment:

Keyphochee said...

lulus..selamat maju jaya..