**klik banner untuk join**
Buat satu entri tentang pengalaman korang berhadapan dengan hal-hal kehamilan.
Hm, macam mana nak mula ya?
saya nak berkongsi saat-saat hamil anak pertama, Nabil.
bulan ke-5 hamil saya saja pergi scan kat klinik swasta.Alhamdulillah. doktor cakap baby boy. tapi yang membuat saya tak keruan sebab doktor cakap uri saya kat bawah. placenta previa.
pernah dengar tak?
saya pun mula-mula tak faham.tapi doktor cakap bahaya. takut. sedih.semua bercampur-baur.
saya telefon mak, mak cakap takpe.nanti uri tu naik atas.
tapi dah nak masuk bulan ke-7 saya start bleeding je. suspen. saya pergi klinik. doktor bagi ubat tahan darah je. dah lepas tu asyik bleeding je, saya pergi Hospital Sultan Ismail, JB.
warded.nak tau berapa lama?
dua bulan! siapa suka berumahtangga kat wad angkat tangan! takde kan?adehh..
saya kena tahan wad pada 22 April 2008. terus kena puasa sebab kalau tak stop bleeding, kena operate terus. memang takut. memang nangis je. encik suami pun nangis sama. huhu. kenapa nangis sekali???
Alhamdulillah..darah berhenti. tapi doktor tak benarkan saya balik. duduk diam-diam kat dalam wad tu.nasib baik second class.haha. masa tu saya kerja.nasib la bos. saya terpaksa bercuti.
saya dapat sorang geng dalam wad tu.kakak berbangsa cina. Kak Low.dia pun placenta previa.dia la peneman saya hari-hari.kami tunggu suami datang melawat waktu petang. kami kongsi cerita walaupun kadang-kadang dia saya tak faham apa yang dia cakap.ngee~
aktiviti saya hari-hari adalah menanda kalender.bila la nak keluar wad kan? dah la Jusco Tebrau depan mata.haha.semua perayaan kami sambut kat dalam wad. Hari Pekerja? Hari Ibu? Hari Guru? hihi.saya bukan guru.
10 mei 2008. lebih kurang 10.30 malam. saya bleeding.kali ni lagi teruk.macam air paip.darah keluar sangat banyak.non-stop. terus standby nak operate.sangat takut masa tu.apa yang saya fikir saya nak baby selamat. kena puasa lagi.
esoknya tengahari tak jadi operate sebab darah dah stop. doktor cakap nak tunggu baby matang. ya Allah..saya bersyukur sangat. kali ni saya memang duduk diam-diam je atas katil. tak berani bergerak.
10 jun 2008, ada keluar tanda. keluar darah sikit.sepatutnya saya ceaser 17 jun 2008. tapi doktor terus decide saya wajib dibedah untuk keluarkan si anak bijak pada 11 jun 2008. kak Low pula operate 12 jun 2008.
kat dalam bilik bedah sangat sejuk.saya ni dah la penakut sakit.saya paling tak boleh lupa bila doktor suntik ubat bius kat belakang.sangat sakit.besarnya dugaan nak lahirkan anak.wuwu~
lepas selesai ceaser, saya muntah-muntah. doktor cakap tu kesan bius. sengsara. sampai malam saya macam tu. ada kesan darah kat tempat pembedahan. saya takut je jahitan terbuka.nasib baik tak apa-apa. sekarang bila tengok balik kesan tu, memang ada sikit tak cantik kat hujung. ish..
~Muhammad Nabil 2 jam selepas lahir. kat bawah tu kalendar yang saya tanda hari-hari~
Muhammad Nabil Irsyad selamat dilahirkan pada 11 jun 2008. jam 10.49pagi.kenapa saya pilih nama Nabil? sebab masa saya mengandung 5 bulan, saya dah tau jantina bayi.dan saya juga mimpi bayi lelaki tu bagitau nama dia Nabil. dan sejak tu saya terus panggil bayi lelaki dalam perut saya dengan panggilan Nabil (^_^)v
kenapa ye?sebab hari-hari saya cakap kat baby. jadi anak soleh.jadi anak bijak. agaknya dia dengar. terus pilih nama tu.saya check maksud Nabil adalah bijak. pandai anak mama. cari nama sendiri. hihi.
Sekian. entri yang panjang berjela. terima kasih sebab sudi membaca ^_^
tarikh tutup: 25 mei 2011
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
1 comment:
putih gabunye nabil. mekasih join...
Post a Comment