Monday, May 16, 2011

GIVEAWAY ♥SAYA SUKA KUIH♥

**klik banner untuk join**

tag:
ferry
sis fieda

kuih muih tradisional malaysia,
rasanya enak sukar dilupa,
menjadi kegemaran kami sekeluarga,
untuk sarapan dan minum petang bersama.


kuih seri muka pilihan suami,
kuih karipap pilihan putera,
tak lupa juga kuih koci,
semua menjadi pilihan saya.


kenapa saya suka kuih?

tiada sebab kenapa saya suka kuih :)
kuih tradiasional tak pilih-pilih,
semua jenis pun saya perabih,
saya memang suka sangat makan kuih.

saya akan jadi rambang mata kalau pegi pasar Ramadhan ke..pasar tani ke..pasar malam ke..sebab ada jual kuih pelbagai jenis.kalau ikut nafsu memang confirm saya beli semua.huhu.

masa mengandung anak pertama saya mengidam rempeyek, kuih pau dan kuih koci.sekarang ramai orang suka buat kuih koci guna tepung pulut hitam.saya nak koci yang putih.susah betul nak cari.jadi mak tolong buat.terima kasih mak!memang terbaikkk..

masa mengandung anak kedua, saya mengidam kuih ketayap.saya buat sendiri (sebenarnya dengan mak.hihi).terima kasih mak!memang terbagusss..

saya memang suka kuih tradisional.kuih seri muka, kuih lapis, kuih karipap, kuih talam, kuih koci, kuihhhhh..semua la.sekarang ni saya selalu buat sendiri.tapi buat sikit je.sebenarnya kalau beli tak semua yang menepati citarasa.bila nak buat senang je.tanya kat Chef Google.hehehe..

(alamak, suruh cerita sikit sudah jadi panjang berjela daaa)

tarikh tutup: 13 jun 2011
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

No comments: