**klik banner untuk join**
tag:
pelbagai item di Kraf MALINJA,
barangan kreatif seunik namanya,
Keychain, handphone charm & fridge magnet juga ada,
saiz dan bentuk menentukan harga.
keychain nama memang istimewa,
pendrive dan handphone case ada kelainan,
pelanggan berminat nak pilih warna,
sila beritahu jangan segan-segan.
untuk meningkatkan bisnes Kraf Malinja,
cadangan diberi harap diterima,
semoga bermanfaat untuk Kraf Malinja.
semoga bisnes berkembang maju hendaknya.
cadangan saya:
1) buat jualan dan promosi di setiap perayaan atau hari-hari tertentu.contohnya:
a. hari guru : anak murid ada idea nak bagi hadiah apa kepada cikgu :)
b. hari sahabat : kawan-kawan mesti suka dapat souvenir special macam ni :)
2) iklankan di facebook, twitter atau laman sosial yang lain.
a. biasanya lebih ramai orang yang mempunyai laman sosial daripada blog.
b. kanak-kanak sekolah rendah, menengah pun dah ada akaun laman sosial.jadi lebih luas peluang untuk mengiklankan produk anda :)
3) beri diskaun untuk pembelian dalam amaun tertentu.atau boleh juga beri free gift supaya pembeli senang hati datang semula untuk membeli pada masa akan datang :)
4) sentiasa update item terbaru yang kreatif dan inovatif.hehe.supaya pelanggan tertunggu-tunggu apa kelainan item yang bakal dihasilkan.kalau ada identiti sendiri lebih bagus.supaya pelanggan rasa puas hati takde produk atau item yang sama dengan tempat lain..
5) last but not least, promosi yang lebih meluas.
a. sekarang ni Wanita Hari Ini selalu ada slot untuk mereka-mereka yang kreatif.saya tak pasti hari apa.tapi memang best.mesti ramai nak tengok.dan berminat dengan kraf ni :)
b. anjurkan giveaway.tak perlu selalu.dan tak perlu hadiah mewah-mewah.yang penting giveaway yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mempromosikan produk.secara langsung atau tidak langsung :)
c. sekolah selalu ada Hari Kantin dan kat Universiti pun ada hari-hari tertentu yang tentunya boleh digunakan untuk mempromosikan felt craft ni.
ada giveaway ada hadiah,
hadiah unik Kraf Malinja nak bagi,
3 set hadiah memang meriah,
setiap set hadiah ada hadiah tambahan lagi!
Hadiah2nya????? :) InsyaAllah Mal sediakan 3 set hadiah.
A) 1 set fridge magnet; ada 3 item.
B) 1 handphone case + 1 hp charm
C) 1 pendrive case + 1 brooch
*Setiap set hadiah, akan disertakan hadiah tambahan:
1 keychain pilihan Mal + 1 keychain nama yang bertulis nama pemenang.
7 mei 2011 giveaway ini tamat,
sesiapa belum join klik sini cepat,
nak menang hadiah sebelum terlambat,
jangan lupa bagi cadangan supaya bisnes hebat :)
sebarang pertanyaan boleh diajukan,
kepada Mal janganlah segan,
email atau SMS tanyalah soalan,
kalau berminat bolehlah pesan.
dunia felt craft membuatnya teruja,
Kraft Malinja menjanjikan yang terbaik juga berkualiti,
kepada Mal semoga berjaya,
business berkembang dan terkenal suatu hari nanti :)
**tahniah kerana bakal menimang cahay mata.semoga dipermudahkan..amiin..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
No comments:
Post a Comment