Wednesday, March 30, 2011

Chocolate Give Away For Lucky Sweet Couple

**klik banner untuk join**

*dah follow blog yang ni dan yang ni

alamak,sejak dapat anak saya jarang bergambar berdua dengan enSuami.gali punya gali,gambar berdua ada tapi tak cun.gali..gali lagi..ada gambar berdua tapi lepas kahwin.sebelum dapat anak.hehe.boleh kan?


saya ingat lagi.tahun 2002.cuti semester memang lama.jadi saya part-time la kat sebuah kilang elektronik berdekatan kampung saya.nak kena sebut ke nama kilang tu?tak payah kot.kilang P.boleh kan?

saya jumpa Kekasih kat situ la.sambil kerja sambil cari pakwe.haha.tipu.Kekasih yang ngurat saya dulu.Kekasih pun buat part time masa tu.kami duduk sekampung.mula2 dia tak tau saya sekampung dengan dia.hampes kan?jadi hari2 kami akan naik van kilang sama2.pergi dan balik.

van ini ke?


~sumber.tq~

eh bukan..hihi.

kami mengumumkan tarikh percintaan (ewah poyo) pada 20 april 2002.lepas tu kami bercinta bagai nak rak.sambung belajar balik.Kekasih di skudai dan saya di segamat.weekend je mesti nak kena jumpa.abis duit PTPTN buat cintan cintun.keji.hihi.

lepas bercinta lebih kurang 5 tahun,kami bertunang pada 13 januari 2007.encik tunang memang nak tunang sekejap je sebab kami dah bercintan cintun bagai nak rak dan kami disatukan sebagai suami isteri pada 23 ogos 2007.Alhamdulillah..

sekarang ni setiapkali nampak van kilang kami akan teringat kisah dolu2..kisah saya dan encik suami.yang juga kekasih dan sahabat dunia akhirat saya^_^



saya tag:

tarikh tutup: 30 mac 2011
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

No comments: