>>>Sticky Post selama 5 hari bermula hari ini<<<
sila klik sini untuk join
memang ada.sebab masa dalam pantang Naurah Damia batuk.sebabnya jangkit dari Nabil yang kebetulan batuk masa tu..sayang adik sangat la tu.nak dijadikan cerita masa saya bersalin tu tengah musim buah2an.memang wajibla musim batuk.selsema.demam bagai kan?
memang sedih bila dengar Damia batuk.malam tak boleh tidur.saya bawak juga pergi klinik.pergi hospital.tapi doktor tak bagi ubat sebab bayi dalam pantang takde ubat.bagi je susu ibu banyak2.dari situ la bayi akan bina antibodi dia.tapi siapa yang sanggup dengar bayi kecik batuk2.
saya ada tulis entri pasal ni kat sini.
saya cuba juga macam2 cara.salah satunya saya makan ubat batuk dengan harapan ubat tu akan 'sampai' kepada Damia.haha.teori sendiri.hasilnya.saya mengantuk.huhu.usaha terakhir saya ikut petua sapu daun kaduk campur kapur makan kat dada Damia.supaya lendir keluar ikut najis dia.Alhamdulillah,berkesan juga.
masalah lain takde.Damia tak banyak ragam.cuma masalah batuk yang buat saya tak senang duduk.tak tidur malam.
ragam mama dalam pantang boleh tak?haha.saya ada masalah sembelit yang teruk.kesian kat saya.macam2 kan?
tag:
sis fieda
tarikh tutup: 15.4.2011
1 comment:
tq join, siannye baby awak time tu ye.. alhamdulillah die dah ok..
aha, sama lah kite, masalah sembelit juga masa pantang ni..
good luck!
Post a Comment