Monday, April 4, 2011

My Little Caliph Contest

**klik banner untuk join**

1. Buat satu entry mengenai:
(a) pilihan cita-cita untuk anak anda seperti doktor, saintis, guru dll dan
(b) kerana apa anda memilih cita-cita tersebut untuk anak anda.

*Jurutera
kerana dalam peringkat umur nabil sekarang, apa yang saya nampak fokus nabil lebih terarah ke profession tersebut.tak tau la pengaruh encik suami ke..pemerhatian dia ke..tapi memang nabil sangat berminat dengan perkara yang berkaitan.mungkin sebab encik suami bekerja dalam bidang kejuruteraan awam.


tengok muka dia bangga je dapat bergambar dengan kenderaan tu semua.nabil boleh ingat setiap satu kenderaan dan yang saya tak tau pun dia boleh tau.dia marah kalau orang cakap escavator tu jcb.jcb dan escavator dua benda yang berlainan.mesin kompak pun dia tau.lori hantu dan lori simen pun dia tau.haha.

tapi saya tak tau la kalau minatnya akan terarah ke profession lain bila bertambah umurnya nanti.saya tetap akan memberi sokongan dan dorongan penuh padanya asalkan tak bercanggah dengan agama dan norma2 kehidupan.saya cuma berharap dan berdoa walau bidang apa yang nabil bakal ceburi, nabil tak lupa untuk beribadat kepadaNya serta berjaya di dunia dan akhirat.amiin..


sayang muslim,ana muslim
cinta Allah dan Rasulullah
Quran dan sunnah jadi panduan
iman dan taqwa itu tujuan..

2. Tiada had umur anak dan hanya satu entry diperuntukkan untuk kesemua anak anda.

anak : Muhammad Nabil Irsyad bin Marzarudin
umur : 2 tahun 10 bulan

3. Terbuka kepada bujang/ibu/bapa yang berumur 17 tahun ke atas.

umur saya 29 tahun ^_^

4. Tiada had perkataan dan anda bebas untuk menggunakan kreativiti masing-masing seperti puisi, pantun dan sebagainya untuk diselitkan di dalam entry anda.
[DONE]
5. Enrty anda insyaAllah diadili oleh Pengetua Bayt Al-Iman.
6. Letakkan banner di atas dan link bersama entry tersebut kepada entry ini serta letakkannya di sidebar blog anda.
[DONE]
7. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini dan insyaAllah akan disemak oleh kami secara berperingkat-peringkat.
8. Hadiah adalah seperti berikut:
1 x HADIAH TEMPAT PERTAMA
2  x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Washable Liner
1 x Laundry Net

1 x HADIAH TEMPAT KEDUA
1 x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Laundry Net

3 x HADIAH SAGUHATI
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Laundry NET

9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 am, 24 APRIL 2011.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

@LeenShamsh said...

Subhanallah! tgk iq budak kan cepat die tangkap ape sahaje..pade kite die main2 tapi sebnernye he is learning..nabil boleh bukak biznes bantu org islam..jihad ekonomi insyaAllah! tunggu pengetua semak insyaAllah ;)

aNiM said...

Insya Allah..
bdk zaman sekarang memang bijak2.kdg2 apa yg x disangka2 terpacul je dari mulut anak.apa yg kita buat,kita ckp hari2 jadi ikutan.sbb tu kita kna berhati2 dgn setiap perlakuan dan percakapan harian kn?hehe

@LeenShamsh said...

setuju 150% dgn anim! ;)